
Beliau berkata, sasaran itu mengambil kira peruntukan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2024 yang dijadual dibentang pada Oktober.
” (Perdana Menteri Anwar Ibrahim) sudah memberikan indikasi jumlah, kita akan melalui proses belanjawan,” katanya dalam sidang media selepas majlis di Asia School of Business.
Rafizi berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan dasar gaji progresif dan peruntukan bagi pelaksanaan.
Beliau ketika mengulas lanjut, berkata dasar itu sudah mendapat kelulusan dalam pendekatannya, namun perlu melalui konsultasi dengan pihak berkepentingan, termasuk beberapa perincian lain.
“Kita juga akan melihat pada peringkat mana ia akan dilaksanakan, seperti kumpulan spesifik mana yang akan terbabit dan itu akan menggambarkan komitmen kewangan daripada kerajaan,” katanya.
Pada 7 Ogos, Anwar berkata dasar gaji progresif adalah bersifat sukarela, selain berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.
Katanya, perkara itu akan dibawa ke Jemaah Menteri bagi memperhalusi mekanisme pelaksanaan secara berperingkat dan meneroka keperluan untuk memperuntukkan dana sebagai insentif dasar ini yang akan ditentukan berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan.
Terdahulu, Rafizi berkata majikan menunjukkan reaksi positif kepada dasar gaji progresif.
Dalam perkembangan lain, Rafizi berkata beliau akan mengumumkan ahli untuk dilantik dalam Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) Negara, esok.
“Ini adalah pertama kali dalam sejarah pelantikan jawatan tertinggi itu didanai sumber orang awam,” katanya menyatakan ahli dilantik akan mengadakan mesyuarat bersama perdana menteri, pada Isnin.