Tiada isu, Nga ulas logo DAP pada replika cek sumbangan

Tiada isu, Nga ulas logo DAP pada replika cek sumbangan

Menteri pembangunan kerajaan tempatan berkata apa yang penting sekolah menerima sumbangan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang juga pengerusi DAP Perak menyerahkan replika cek kepada wakil sekolah. (Gambar Twitter)
PUTRAJAYA:
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming enggan mengulas lanjut gesaan Pemuda Umno bagi menjelaskan kenapa logo DAP tertera pada replika cek sumbangan di beberapa sekolah di Ipoh.

“Tiada isu. Apa yang penting sekolah dapat sumbangan,” katanya kepada pemberita selepas hadir program di kementeriannya.

Pada Sabtu, dilaporkan sebanyak 17 sekolah aliran Cina di Perak menerima sumbangan berjumlah RM1.8 juta daripada Kementerian Pendidikan untuk kerja membaik pulih dan menaik taraf.

Nga yang juga naib pengerusi DAP hadir menyampaikan sumbangan itu.

Gambar tular menunjukkan logo DAP pada replika cek itu, bersama logo Pakatan Harapan dan Malaysia Madani, selain tertera jata negara.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kemudian menggesa DAP menjelaskan kaitan logo DAP pada replika cek jika ia adalah sumbangan pihak kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.