Tambah baik garis panduan, Perak tangguh aktiviti mengajar di semua masjid; surau

Tambah baik garis panduan, Perak tangguh aktiviti mengajar di semua masjid; surau

Pengecualian diberikan kepada individu mengikut Peraturan 23 (1) (a) hingga (e), (2) dan (3) Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013.

Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak sedang menambah baik garis panduan permohonan penceramah dan pengajar bagi menyusun semula konsep dakwah supaya selari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah dan Maturidiah.
PETALING JAYA:
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menangguhkan aktiviti mengajar dan bersyarah penceramah di semua masjid, surau serta surau diri Jumaat mulai hari ini sehingga diberitahu.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Perak sedang menambah baik garis panduan permohonan penceramah dan pengajar bagi menyusun semula konsep dakwah supaya selari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah dan Maturidiah.

Justeru, katanya, beberapa ketetapan diputuskan sehingga garis panduan itu muktamad dilaksanakan, antaranya menangguhkan jemputan penceramah dari luar negara dan luar Perak, sama ada bertauliah atau tanpa tauliah.

“Jawatankuasa kariah juga dikehendaki menangguhkan jemputan penceramah dari dalam Perak yang tiada tauliah mengajar di masjid, surau diri Jumaat dan surau,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Tetapi, beliau berkata, pengecualian diberikan kepada individu mengikut Peraturan 23 (1) (a) hingga (e), (2) dan (3) Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013.

Menurut Peraturan 23 (1) (a) hingga (e), individu berkenaan ialah anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), mufti mana-mana negeri dalam negara, pegawai dan guru agama dilantik kerajaan yang mengajar atau memberi syarahan kepada pelajar sekolah atau institusi ditugaskannya serta individu pada pendapat MAIPk, mempunyai kelayakan dan pengalaman bersesuaian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.