Kakitangan awam Kedah dapat bantuan khas RM400

Kakitangan awam Kedah dapat bantuan khas RM400

Menteri Besar Sanusi Md Nor berkata sejumlah 5,600 kakitangan awam kerajaan negeri akan menerima manfaat itu.

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata bantuan khas RM400 untuk kakitangan awam kerajaan negeri itu melibatkan peruntukan kira-kira RM2.08 juta. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 Sept ini.

Menteri Besar, Sanusi Md Nor, berkata sejumlah 5,600 kakitangan awam kerajaan negeri akan menerima manfaat itu melibatkan peruntukan kira-kira RM2.08 juta.

“Ada keputusan besar juga diputuskan sebentar tadi iaitu pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam kerajaan negeri.

“(Jadi) kita beri kakitangan awam kerajaan negeri RM400,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco pertama penggal ini di Wisma Darul Aman.

Sementara itu, Sanusi berkata pelantikan 10 exco Kedah baharu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sangat membantu beliau dalam meneruskan agenda pembangunan serta pentadbiran negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.