Ancaman bom, Aeon Mall Klebang dikosongkan

Ancaman bom, Aeon Mall Klebang dikosongkan

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata seorang pekerja menerima panggilan ancaman itu petang tadi.

Anggota Polis mengawal keadaan di luar bangunan pusat beli-belah di Aeon Klebang yang dikosongkan selepas menerima ancaman bom. (Gambar Bernama)
IPOH:
Bangunan pusat membeli-belah Aeon Mall Klebang di sini dikosongkan selepas menerima panggilan dipercayai ancaman bom.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan menghantar pasukan polis dengan bantuan bomba untuk memeriksa lokasi terbabit.

Beliau berkata panggilan ancaman itu diterima oleh pekerja pusat beli-belah tersebut pada petang tadi.

Menurut seorang pekerja yang dikenali sebagai Aishah, 20, pada kira-kira 5.30 petang, loceng amaran dibunyikan dan semua pekerja serta pelanggan diarah keluar dari bangunan empat tingkat itu.

Katanya polis bantuan turut memaklumkan operasi pusat beli-belah itu akan dihentikan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati Unit Pemusnah Bom dari IPK Perak sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian.

Bangunan itu juga didapati telah dikosongkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.