PM: Lanjut tindakan afirmatif daripada berasaskan kaum kepada keperluan

PM: Lanjut tindakan afirmatif daripada berasaskan kaum kepada keperluan

Anwar Ibrahim berkata rakyat akan marah dan bimbang jika dasar tindakan afirmatif tumpu kepada kaum.

Anwar Ibrahim berkata kerajaan mahu menoktahkan amalan rejim sebelum ini untuk mengayakan keluarga mereka.
KUALA LUMPUR:
Dasar tindakan afirmatif harus dilanjutkan daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan “The CNBC Conversation” Jumaat lepas (18 Ogos), Anwar berkata jika dasar itu dilihat terlalu menumpukan kepada kaum, ia akan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Ia bukannya isu untuk memansuhkan (hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera) , ia adalah isu yang menumpukan kepada bidang yang penting untuk mereka. Kami tidak boleh bercakap mengenai meritokrasi tulen antara pedalaman Sarawak kepada sekolah-sekolah utama di Kuala Lumpur.

“Saya fikir hujah sama diguna pakai (kepada dasar tindakan afirmatif). Jika anda tumpukan kepada isu keperluan, keadilan dan kesaksamaan maka kami boleh meneruskan dengan dasar tindakan afirmatif ini,” katanya kepada pengacara Martin Soong ketika mengulas mengenai hak keistimewaan orang Melayu.

Mengambil contoh kepada Dasar Ekonomi Baharu yang diperkenalkan kerajaan sebelumnya, Perdana Menteri berkata kritikan yang sering dilemparkan kepada dasar itu ialah ia digunakan oleh rejim sebelum ini untuk mengayakan anak-anak dan keluarga mereka.

“Saya perlu untuk menoktahkan amalan ini … jika dasar ini sebagai contoh untuk menghasilkan usahawan baharu, untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk mereka yang tidak berkemampuan, maka ia merupakan sesuatu yang pada minda saya bukan sahaja munasabah tetapi ia sangat mustahak,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.