
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata penyerahan itu dapat dibuat selepas padanan dapat dilakukan terhadap semua ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
“Kita telah buat keputusan dan kenal pasti semua identiti mayat perolehi tempat pencarian tersebut.
“Esok (hari ini) pagi kita akan serahkan jenazah bersama pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya menurut Kosmo ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik HTAR, Klang malam tadi.
Hussein berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah untuk diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Jenazah pertama mangsa nahas pesawat Muhamad Hafiz Muhamad Salleh telah dituntut dan dikebumikan di Sungai Petani, Kedah hari ini.