Kedah penerima tertinggi sumbangan asas rahmah

Kedah penerima tertinggi sumbangan asas rahmah

Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan berkata ia diikuti Kelantan dan Perak.

Ahmad Maslan berkata, 220,000 penerima sumbangan asas rahmah diperuntuk kepada golongan miskin tegar untuk beli keperluan makanan asas.
PETALING JAYA:
Rakyat Kedah menjadi penerima tertinggi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar yang menerima sumbangan asas rahmah (SARa) bagi mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan, berkata ia diikuti penerima di Kelantan dan Perak.

“Seramai 220,000 penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih menerima SARa di seluruh negara,” katanya menurut Sinar Harian pada sidang media di Pontian.

Beliau berkata, penerima SARa boleh membuat pembelian di 600 pasaraya atau kedai runcit terpilih di seluruh negara.

Katanya, bagi semua penerima di Semenanjung, bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh enam bulan mulai Julai akan disalurkan secara automatik melalui akaun dibuka menggunakan MyKad penerima.

Pada Julai, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pemberian bantuan SARa berjumlah RM600 menerusi aspek perlindungan sosial untuk rakyat memerlukan dilaksanakan sebagai langkah awal merealisasikan naratif Ekonomi Madani sebelum pembentangan Belanjawan Madani 2024.

Kementerian Kewangan menjelaskan, kerajaan perpaduan telah memperuntukkan hampir RM130 juta di bawah inisiatif Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya kumpulan miskin tegar mendepani cabaran kos sara hidup.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.