Kerajaan fokus tambah baik akses pendidikan, kata Fadhlina

Kerajaan fokus tambah baik akses pendidikan, kata Fadhlina

Isu utama menghalang kanak-kanak menerima pendidikan ialah kemiskinan, menurut menteri pendidikan.

Fadhlina Sidek berkata, KKM sudah berada pada peringkat akhir dalam mewujudkan dasar mewajibkan pendidikan menengah. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Pendidikan (KKM) sedang menumpukan usaha menambah baik akses kepada sekolah, bermula pada peringkat tadika, bagi memastikan tiada murid tercicir, kata Fadhlina Sidek.

Menteri pendidikan itu berkata, isu utama menghalang kanak-kanak menerima pendidikan ialah kemiskinan, manakala kekurangan pendidikan boleh menyebabkan ramai kanak-kanak menjadi mangsa gejala sosial.

“Jika kita lihat peratusan yang tidak menduduki SPM, mereka bekerja, tetapi segelintir masih sangat miskin,” katanya.

“Kemiskinan masih jadi naratif utama berhubung akses kepada pendidikan. Ada (pelajar tercicir) yang mengandung, malah berada di dalam penjara.”

Bagi menangani perkara itu, Fadhlina berkata, kerajaan sedang melakukan segala yang termampu untuk menambah baik akses. Katanya, KKM sudah berada pada peringkat akhir dalam mewujudkan dasar mewajibkan pendidikan menengah.

“Cabaran yang kita hadapi sekarang adalah anak-anak boleh bekerja di negara ini pada usia semuda 15 tahun,” katanya pada sidang kemuncak Malaysian Student Leaders di Hotel Intercontinental.

Pada acara itu, Fadhlina juga berkata, kemiskinan menjejaskan banyak keluarga sejak wabak melanda, dan begitu ramai antara mereka berdepan “kemiskinan pelbagai dimensi”, termasuk ketiadaan teknologi dan ruang untuk belajar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.