Dewan Rakyat pertimbang naik denda 10 kali ganda bagi ahli langgar peraturan Parlimen

Dewan Rakyat pertimbang naik denda 10 kali ganda bagi ahli langgar peraturan Parlimen

Speaker Johari Abdul berkata, denda boleh dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000, dengan Ahli Parlimen mungkin digantung tugas.

Johari Abdul berkata, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 boleh dipinda bagi membolehkan denda terhadap Ahli Parlimen yang melanggar peraturan Parlimen dinaikkan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dewan Rakyat sedang mempertimbangkan untuk menaikkan denda terhadap Ahli Parlimen yang melanggar peraturan Parlimen sebanyak 10 kali ganda, daripada RM1,000 kepada RM10,000.

Speaker Johari Abdul berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis Syarahan Parlimen Siri 3.0: Membina Semula Negara Melalui Pembaharuan di Kuala Lumpur di bangunan Parlimen malam tadi.

Beliau berkata, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 boleh dipinda bagi membolehkan denda terhadap Ahli Parlimen yang melanggar peraturan Parlimen dinaikkan.

Menurut Johari, Ahli Parlimen terbabit juga boleh digantung tugas.

“Kami bertindak supaya akta ini dilaksanakan, dan memastikan setiap Ahli Parlimen menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya, lapor Malaysiakini.

Johari berkata, beliau turut berharap Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, yang dimansuhkan pada 1992 bawah pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Dr Mahathir Mohamad, dikembalikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.