Isu kalimah ‘Allah’, KDN terima input tambah baik arahan pentadbiran

Isu kalimah ‘Allah’, KDN terima input tambah baik arahan pentadbiran

Cadangan diterima pada Majlis Libat Urus KDN Bersama Badan Perundangan Sivil dan Syariah yang diadakan di kementerian hari ini, menurut KDN.

Majlis Libat Urus KDN Bersama Badan Perundangan Sivil dan Syariah yang diadakan hari ini turut dihadiri pengamal undang-undang dari Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah, Jakim dan Majlis Profesor.
PUTRAJAYA:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperoleh input dan cadangan dalam urusan penyediaan penambahbaikan Arahan Pentadbiran KDN berkaitan isu penggunaan kalimah “Allah” agar selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja.

Dalam kenyataan, KDN memaklumkan cadangan itu diterima pada Majlis Libat Urus KDN Bersama Badan Perundangan Sivil dan Syariah yang diadakan di kementerian itu hari ini.

“Majlis ini bertujuan mendapatkan cadangan dan pandangan secara kolektif dari aspek perundangan sivil dan syariah sebagai salah satu proses penyediaan cadangan penambahbaikan Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah ‘Allah’,” menurut KDN.

Turut serta Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail bersama 25 pengamal undang-undang dari Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Kemajuan Islam, Majlis Profesor, dan persatuan-persatuan peguam Muslim atau Syarie.

Pada majlis itu, jemputan diberikan ruang untuk membincangkan mengenai pendekatan perundangan, khususnya dari sudut cadangan pengemaskinian Arahan Pentadbiran KDN, pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan di lapangan dan punca kuasa kerajaan berdasarkan segregasi kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.