Fadhlina nafi Putrajaya tak tunai janji bangun sekolah daif di Sarawak

Fadhlina nafi Putrajaya tak tunai janji bangun sekolah daif di Sarawak

Fadlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berusaha termasuk mengadakan pimpinan kerajaan Sarawak.

Fadlina Sidek berkata kerajaan komited menyiapkan projek sekolah di Sawak mengikut jadual. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini menafikan dakwaan Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Sarawak Juanda Jaya bahawa kerajaan persekutuan tidak menunaikan janji untuk membina bangunan baharu bagi sekolah daif di negeri itu.

Beliau berkata segala usaha ke arah merealisasikan perkara itu sedang dan masih diusahakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk mengadakan pertemuan dengan pimpinan kerajaan Sarawak

“Kita dah ada banyak pertemuan malah saya sendiri akan ada lagi pertemuan dengan menteri (Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Roland Sagah Wee Inn) dan juga timbalannya.

“Ini untuk pastikan semua kemajuan projek dan kerja-kerja melibatkan sekolah daif di Sarawak dilaksanakan mengikut jadual,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan penutupan program Eksplorasi Merdeka@Muzium di Muzium Negara di sini.

Fadhlina mengulas dakwaan Juanda berkenaan perkara itu seperti dilaporkan media Sarawak pada Selasa.

Juanda, yang juga Adun Jemoreng, dilaporkan berkata Sarawak masih menagih janji kerajaan persekutuan untuk membina bangunan baharu bagi sekolah daif di negeri itu termasuk tiga yang amat daif di kawasannya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pergau, SK Bawang Tian dan SK Sok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.