Agong kunjungi lokasi nahas pesawat

Agong kunjungi lokasi nahas pesawat

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dilihat bertemu ahli keluarga mangsa.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di lokasi pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.
SHAH ALAM:
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tiba di lokasi nahas pesawat terhempas yang mengorbankan 10 orang di Bandar Elmina, Shah Alam.

Sejurus tiba, Sultan Abdullah diberi taklimat mengenai situasi terkini oleh Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan. Baginda juga dilihat bertemu ahli keluarga mangsa terkorban.

Terdahulu, Husein mengesahkan 10 orang terkorban dalam kejadian itu, terdiri daripada lapan penumpang termasuk kru pesawat, selain dua orang awam, iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.

Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang sebelum terhempas.

Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di Facebook.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, yang turut merakam ucapan takziah, menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan gambar mangsa nahas dan menimbulkan spekulasi tidak berasas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.