
PETALING JAYA: Polis akan melaksanakan sekatan jalan raya di seluruh negara selepas 12 tengah malam ini.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, sekatan jalan raya diadakan untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan, amalan lazim polis setiap bulan.
“Orang ramai diminta jangan mengaitkan sekatan jalan raya berkenaan dengan keputusan PRN pada malam ini,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman malam ini, lapor Bernama.
Pengundian PRN dijalankan hari ini di enam negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, membabitkan 9,773,571 pengundi berdaftar.