Sanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumbang

Sanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumbang

Pengarah pilihan raya PN itu berkata beberapa calon ‘underdog’ dalam PN akan menang.

Sanusi Nor mendakwa mengambil kira gelombang sokongan kepada PN beliau ramal beberapa tokoh PH-BN dijangka tumbang.
SIK:
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Sanusi Nor meramalkan beberapa tokoh besar Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRN enam negeri.

Beliau membuat jangkaan tersebut mengambil kira “gelombang” kepada gabungan itu sepanjang kempen.

“Seluruh negeri-negeri PRN saya nampak gelombang PN besar akan ada tokoh-tokoh besar PH-BN akan tumbang, beberapa calon ‘underdog’ dalam PN akan menang, kita tunggu malam nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di SK Beris Jaya dalam DUN Jeneri.

Ditanya peluang peluang di Jeneri, Sanusi berkata beliau optimis mengekalkan kemenangan.

“Alhamdulillah tenang, saya opitimis mencapai kemenangan, debaran kalah itu tak ada, biasanya kalau kita tengok suasana berdebar debar itu kalah la tu. Hari ini tenang, tengok perkembangan bukan tengok hari ini sahaja, dua tiga hari lepas lagi sambutan baik, saya harap ia diterjemah di kertas undi,” katanya sambil menyeru pengundi keluar awal mengundi.

Diminta mengulas sama ada beliau yakin kekal sebagai menteri besar, Sanusi berkata fokus PN ketika ini untuk menang di Kedah terlebih dulu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.