Azmin kembali ke Hulu Kelang, menang majoriti lebih 1,000 undi

Azmin kembali ke Hulu Kelang, menang majoriti lebih 1,000 undi

Azmin Ali memperoleh 25,297 undi manakala Juwairiya mendapat 23,980 undi.

Azmin Ali berpindah dari kerusi asalnya di Bukit Antarabangsa untuk bertanding di Hulu Kelang pada PRN.
PETALING JAYA:
Bekas menteri besar Selangor Azmin Ali kembali ke DUN Hulu Kelang yang pernah diwakilinya 24 tahun lalu apabila menang kerusi itu pada PRN hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu menewaskan pencabarnya Juwairiya Zulkifli dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 1,617 undi. Kerusi itu sebelum ini dimenangi PH pada PRU14.

Azmin memperoleh 25,297 undi manakala Juwairiya mendapat 23,980 undi.

Beliau berpindah dari kerusi asalnya di Bukit Antarabangsa yang dimenangi pada PRU14 di bawah tiket PKR sebelum keluar parti itu menerusi ‘Langkah Sheraton’ pada 2020.

Kemenangannya itu juga menebus kekecewaan Azmin yang tewas di Parlimen Gombak kepada penggantinya Amirudin Shari pada PRU15, November tahun lalu.

Amirudin, naib presiden PKR menang ke atas bekas timbalan presidennya itu dengan majoriti 12,729 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.