
Ketika berucap dalam ceramah di Taman Melawati malam tadi, bekas menteri dalam negeri itu menegaskan beliau tiada kaitan dengan kes itu.
“Saya bersumpah dengan nama Allah, saya langsung tak ada kena-mengena dengan kes ini. Apakah patut saya saman kerajaan? Kalau saudara semua setuju, malam esok (hari ini) keluar beramai-ramai di Shah Alam, saya akan berjumpa dengan peguam saya dan umumkan apa yang kita akan lakukan kepada kerajaan menzalimi pemimpin kita.”
Pemimpin PN lain yang berdepan pelbagai kes rasuah termasuk Pengerusinya Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.
Mei lalu, ahli perniagaan Sim Choo Thiam didakwa meminta RM15 juta daripada seorang lagi ahli perniagaan, Hep Kim Hong sekitar Jun 2021.
Pihak pendakwaan berkata, jumlah itu sebagai dorongan untuk Hamzah membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn Bhd mendapatkan projek daripada kementeriannya.
Sim turut berdepan tiga dakwaan menerima RM15 juta untuk mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri. Dia mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan itu.
Hamzah kemudian dilaporkan berkata, ada “orang dan ahli perniagaan tertentu” ditekan untuk “menuding jari” terhadapnya.