
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, berkata individu itu dipercayai berada di luar Pahang dan menghentikan jualan selepas menyedari kegiatannya dihidu pihak berkuasa.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita pada Majlis Pelepasan Petugas Bantuan Sumber Manusia (BSM) PRN di Kompleks Polis Alor Akar.
Pada 13 Julai lalu, Yahaya mengesahkan pihaknya menerima laporan penjualan bintang dan darjah kebesaran Pahang di IPD Pekan.
Siasatan awal mendapati satu set darjah kebesaran itu dijual pada harga lebih RM1,000.
Mengenai BSM, beliau berkata, 881 pegawai dan anggota dari kontinjen Pahang digerakkan untuk membantu polis Terengganu pada PRN Sabtu ini.
Mereka akan ditempatkan di Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman selama lima hari mulai hari ini.