Remaja intai wanita dalam tandas serah diri

Remaja intai wanita dalam tandas serah diri

Ketua Polis Tapah Mohd Naim Asnawi berkata, remaja itu menyerah diri dan mengaku individu dalam video kejadian yang tular.

Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki berdiri di luar sebelum masuk ke dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Tapah, Perak pada Sabtu lalu.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kerana disyaki mengintai seorang wanita di tandas sebauh stesen minyak di Tapah, Perak pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Tapah Mohd Naim Asnawi berkata, remaja itu menyerah diri dan mengaku dia adalah individu dalam video kejadian yang tular di media sosial.

“Remaja itu datang bersama bapanya ke IPD Tapah pada jam 9 malam pada Ahad.

“Kawad cam dilakukan oleh mangsa dan suspek dikenal pasti melalui bentuk fizikalnya,” katanya lapor Sinar Harian.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan lelaki yang dipercayai mengintai seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak di Tapah.

Dalam video CCTV yang tular itu, lelaki itu dilihat mengikut mangsa masuk ke dalam tandas wanita sebelum beredar dengan menaiki sebuah kereta.

Mangsa berusia 33 tahun yang menyedari perbuatan suspek telah membuat laporan polis.

Naim berkata kes itu akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya untuk cadangan pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.