
Ampangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PH Tengku Zamrah Sulaiman, calon Perikatan Nasional (PN) Ghazali Zainal Abidin dan calon bebas Rafie Abdul Malek.
Baru-baru ini, Rafie dipecat PKR kerana bertanding sebagai calon bebas.
“Ampangan (kerusi) penting kerana ada pengkhianatan dari dalam PKR. Di mana-mana saya ajar, pengkhianatan dalam perjuangan satu hal yang tidak boleh diizinkan,” kata presiden PKR itu dalam ceramah di sini, malam tadi.
Katanya, mahu memberi pengajaran kepada pengkhianat ialah sebab beliau dan Presiden Umno, Zahid Hamidi akan berkempen di Hulu Kelang pada malam Khamis ini.
“Dalam sejarah, budaya Melayu tidak ampunkan pengkhianat.”
Walaupun beliau tidak merujuk sesiapa secara khusus, dipercayai Anwar merujuk bekas timbalannya, Azmin Ali, yang mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen PKR bergabung tenaga dengan Barian Nasional, Bersatu dan PAS untuk menggulingkan kerajaan PH pada 2020.
Azmin, yang kini bertanding atas tiket PN, akan berdepan calon PH, Juwairiya Zulkifli dari PKR dalam saingan satu lawan satu di Hulu Kelang Sabtu ini.
Pada PRU14, kerusi itu dimenangi Saari Sungib dari PH dengan majoriti 15,349 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Ismail Ahmad dari BN dan Kamalulhysham Suhut dari PAS.