Utusan Malaysia tiada kaitan dengan UtusanTV

Utusan Malaysia tiada kaitan dengan UtusanTV

Media Mulia memiliki Utusan Malaysia manakala UtusanTV dimiliki entiti berasingan yang aksesnya kini disekat kerajaan.

Utusan Malaysia menafikan mempunyai kaitan dengan UtusanTV. (Utusan Malaysia pic)
PETALING JAYA:
UtusanTV tidak ada kaitan langsung dengan Media Mulia mahupun akhbar Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia dalam kenyataan di portalnya, menjelaskan Utusan Malaysia dan permit penerbitannya adalah milik sah Media Mulia.

Semua kandungan digital Utusan Malaysia disiarkan di laman sesawang utusan.com.my dan semua platform sosial media menggunakan jenama Utusan Malaysia.

Penggunaan nama “Utusan” telah menimbulkan kekeliruan mengenai pemilikan sebenar dan sering dikaitkan dengan Utusan Malaysia dan Media Mulia.

Media Mulia menegaskan sekali lagi bahawa ia tiada kaitan dengan kandungan, pemilikan, pengurusan, dan operasi “UtusanTV” yang dimiliki syarikat lain.

Syarikat itu berhak mempertahankan haknya bagi memastikan jenama perniagaan dan akhbar Utusan Malaysia sentiasa dipertahankan serta tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan kerajaan telah menyekat akses ke laman sesawang UtusanTV.com kepada sesetengah pengguna di negara ini.

Akses ke laman web itu tertera notis yang menyatakan bahawa “laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana melanggar undang-undang negara”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.