Lapor polis jika rasa keselamatan Sanusi terancam, kata Saifuddin

Lapor polis jika rasa keselamatan Sanusi terancam, kata Saifuddin

Sanusi Nor tidak hadir ke ceramah PN malam tadi selepas dinasihatkan tidak meneruskan programnya.

Saifuddin Nasution Ismail berkata Sanusi Nor hanya mencipta ilusi bagi menggambarkan dirinya sebagai ‘mangsa’.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden sepatutnya membuat laporan polis jika beliau merasakan keselamatan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor terancam, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Sanusi dijadualkan menghadiri ceramah Perikatan Nasional (PN) di Sungai Petani malam tadi bagi membantu kempen calon Bukit Selambau Azizan Hamzah.

Bagaimanapun, Afnan di akhir ucapannya mengumumkan Sanusi tidak hadir kerana pengarah pilihan raya PN itu dinasihatkan tidak berbuat demikian selepas menghadiri satu mesyuarat di Kuala Lumpur pada Sabtu, lapor China Press.

Katanya, Sanusi dinasihatkan tidak hadir ke ceramah itu bagi melindungi dirinya dan mengelak beliau “masuk perangkap seseorang”.

Mengulas kenyataan itu, Saifuddin berkata Sanusi hanya mencipta ilusi bagi menggambarkan dirinya sebagai “mangsa”, supaya orang ramai percaya keselamatannya terancam.

Saifuddin juga berkata, Sanusi dilihat “diam” sejak dua hari lalu.

Katanya, Afnan perlu menghubungi polis dan biar pihak berkuasa menjalankan siasatan berkait perkara itu.

Sanusi juga tidak hadir salam satu program di Padang Serai malam Sabtu lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.