
Beliau berkata, wakil Infineon ada membangkitkan sama ada beliau yakin kerajaan perpaduan akan bertahan.
“Pertama adakah negara yakin akan stabil dan kerajaan perpaduan akan kekal? Saya kata Insya-Allah lima tahun tanpa gangguan (menjadi perdana menteri),” katanya dalam ceramah.
“Kita maklumkan dasar ekonomi madani, dia puas hati. Alhamdulillah.”
Anwar dalam ucapannya berkata, wakil Infineon bimbang “bahaya” golongan pelampau agama dan kaum di beberapa negeri.
“Antara soalannya dia bimbang golongan macam ini akan menang. Saya kata tak menang! Bila jawab begitu, dia bawa (rancangan pelaburan di Malaysia) dalam mesyuarat di Jerman lima hari kemudian,” katanya.
Pada Rabu, Infineon mengumumkan pelaburan tambahan RM25 bilion di Malaysia untuk membina fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200mm terbesar di dunia, di Kulim.
Media melaporkan, dalam ucapan sempena Ta’aruf Perpaduan, di Jitra, baru-baru ini, Anwar berkata persetujuan syarikat itu melabur RM25 bilion hasil rundingan dengan kerajaan perpaduan.
Katanya, keputusan itu dicapai setelah kerajaan Kedah membuat rundingan selama 13 bulan, namun gagal mencapai kata putus.
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dilaporkan berkata syarikat itu telah memaklumkan lebih awal untuk membuat pelaburan baharu tahun lalu.