
Arul, wakil rakyat DAP dua penggal itu ditentang calon PN Gan Chee Biow yang pernah ditewaskannya pada PRU13. Gan ketika itu bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).
“Saya telah kerja selama 10 tahun berbanding calon lawan saya (PN). Dia 10 tahun pun tak buat apa-apa.
“10 tahun dulu pernah jadi calon dan kalah lawan saya,” katanya kepada FMT.
Selain Gan, Arul juga bakal berdepan dua calon bebas, Omar Mohd Isa serta Yessu Samuel.
Sementara itu, Arul yakin mampu mengekalkan kemenangan di Nilai sambil menyifatkan politik seperti “maraton” iaitu sentiasa berkhidmat dalam tempoh panjang.
Arul berkata, tidak sukar untuk meyakinkan pengundi Barisan Nasional untuk memilih DAP walaupun kali pertama bekerjasama.
“Kita telah bekerjasama dan mereka turut buka bilik gerakan, saya sudah jumpa ahli Umno dan mereka juga menjadi sebahagian jentera PH,” katanya.