Batik Air mula penerbangan ke Istanbul pada Oktober

Batik Air mula penerbangan ke Istanbul pada Oktober

Penerbangan bagi laluan ini akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul.

MAHB membuat komitmen pelaburan sebanyak 200 juta pound Britain di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen, Turki. (Gambar laman ISGA)
KUALA LUMPUR:
Batik Air terpilih sebagai pengendali bagi laluan Kuala-Lumpur – Istanbul Sabiha Gocken International Airport (KUL-ISG) bermula Oktober tahun ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan komitmen pelaburan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) sebanyak 200 juta pound Britain di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA).

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pagi ini selepas mengadakan pertemuan secara maya bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semalam, ditemani Menteri Luar Zambry Kadir.

Untuk rekod, jumlah perdagangan Malaysia dengan Turki tahun lepas berjumlah USD4.62 bilion (meningkat sebanyak 12.6%).

Jumlah lebihan dagangan sebanyak USD3.33 bilion dicatatkan apabila Turki mengimport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit dari negara ini.

Anwar juga berkata, dalam sesi tersebut, Erdogan memberikan komitmen jelas bahawa beliau akan berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memenuhi undangannya untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

“Saya danErdogan turut bersetuju untuk bersemuka semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bulan depan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.