3 kementerian kerjasama tarik minat pelajar dalam Sains, Matematik

3 kementerian kerjasama tarik minat pelajar dalam Sains, Matematik

Chang Lih Kang berkata, sebuah jawatankuasa bersama sudah ditubuhkan bagi mencari kaedah menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Kajian terbaharu Kementerian Pendidikan menunjukkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik merosot.
PETALING JAYA:
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi akan bekerjasama dengan dua kementerian untuk meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ketika ini, katanya, sebuah jawatankuasa bersama sudah ditubuhkan bagi mencari kaedah menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

“Kita sudah tubuhkan jawatankuasa di peringkat kerja dan selepas ini akan ada jawatankuasa peringkat menteri dan kita yakin dapat menyelesaikannya.

“Paling penting ialah program dan inisiatif ini berjalan baik dan mencapai matlamat,” katanya menurut Harian Metro di Astaka Padang Tembak, Georgetown.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi perlu mencari pendekatan baharu menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

Ia selepas kajian terbaharu Kementerian Pendidikan menunjukkan minat pelajar terhadap dua mata pelajaran itu merosot.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.