Putrajaya kaji harga lantai munasabah galak penoreh getah lebih aktif

Putrajaya kaji harga lantai munasabah galak penoreh getah lebih aktif

Timbalan perdana menteri berkata, terdapat permintaan daripada penoreh getah untuk menaikkan harga lantai getah antara RM3 sehingga RM4 sekilogram.

Fadillah Yusof berkata, antara sebab penoreh getah tidak aktif disebabkan faktor umur dan harga getah tidak begitu baik. (Gambar Bernama)
REMBAU:
Kerajaan sedang mengkaji harga lantai munasabah bagi menggalakkan penoreh lebih aktif menoreh getah.

Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof berkata, terdapat permintaan daripada penoreh untuk menaikkan harga lantai getah antara RM3 sehingga RM4 sekilogram.

“Harap dalam bajet akan datang kita akan dapat ‘review’ balik.

“Tetapi, lebih penting memahami mengapa orang tidak keluar menoreh. Apakah harga munasabah untuk menggalakkan mereka turun (menoreh),” katanya menteri perladangan dan komoditi itu selepas melawat ladang getah di Kampung Kuala Sawah, Rantau.

Sebelum ini, kerajaan meningkatkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (PHP) daripada RM2.50 kepada RM 2.70 sekilogram.

Fadillah berkata, antara sebab penoreh getah tidak aktif disebabkan faktor umur dan harga getah tidak begitu baik.

“Sebab itu (kita) beri insentif itu supaya menggalakkan (mereka) turun menoreh dan dapatkan hasil mereka.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.