Saya konsisten kritik PN, kata Syed Saddiq

Saya konsisten kritik PN, kata Syed Saddiq

Presiden Muda menolak dakwaan beliau kini lebih kritis terhadap Pakatan Harapan.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu mahu membuktikan ia mampu menarik pengundi pelbagai latar belakang.
SEREMBAN:
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan beliau lebih kritis terhadap Pakatan Harapan (PH) berbanding gabungan pembangkang.

Ahli Parlimen Muar berkata beliau konsisten mengkritik Perikatan Nasional (PN) ketika gabungan itu berkuasa.

“Ketika saya membangkitkan isu peruntukan sama rata untuk wakil rakyat, ia dibuat ketika pentadbiran sebelum ini.

“Bagaimanapun, apabila kita berkuasa (PH) saya lakukan perkara sama,” katanya dalam sidang media.

Muda ketika ini menyokong kerajaan perpaduan diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Syed Saddiq mempertahankan keputusan Muda meletakkan Ahmad Qusyairi Abdull Rahim bertanding di DUN Temiang, kerusi majoriti Cina.

Qusyairi berkata, sejak hampir 30 tahun lalu tiada calon Melayu bertanding di kerusi itu.

Katanya, Muda bukan cuba bermain sentimen tetapi mahu menawarkan alternatif kepada penduduk.

Syed Saddiq berkata, Muda mahu membuktikan parti itu mampu menarik pengundi pelbagai latar belakang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.