Zahid ke mesyuarat Kabinet, perbicaraan rasuah disambung esok

Zahid ke mesyuarat Kabinet, perbicaraan rasuah disambung esok

Bekas setiausaha Zahid, Rosiah Osman akan meneruskan keterangannya di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Zahid Hamidi dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi, serta menerima rasuah berhubung pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.
KUALA LUMPUR:
Perbicaraan rasuah Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini akan disambung esok.

Peguam Hisyam Teh memberitahu wartawan, timbalan perdana menteri itu perlu menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Mahkamah membenarkan (perbicaraan) hari ini ditangguhkan dan kita sambung esok,” katanya.

Bekas setiausaha Zahid, Rosiah Osman akan meneruskan keterangannya di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Zahid dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi, serta menerima rasuah berhubung pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Sebanyak 12 tuduhan membabitkan pecah amanah, lapan bagi rasuah dan baki untuk pengubahan wang.

Pada Januari dan Februari lalu, Zahid menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan tuduhan itu.

Tetapi, mahkamah diberitahu semalam, pendakwaan masih mempertimbangkan representasi itu.

Pasukan pembelaan kemudian memanggil saksi untuk memberi keterangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.