
Beliau mengalu-alukan pertembungan antara bekas ahli PKR, Mohamad Rafie Ab Malek yang mempertahankan kerusi tersebut dan calon Pakatan Harapan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.
“Benda ini bagus sebab satu pecah kepada dua. Undi PN ‘solid’,” katanya ketika berkempen di sekitar Ampangan.
Di samping ketidakpuasan hati akar umbi terhadap kerjasama BN-PH, Ghazali percaya undi untuk PN akan bertambah.
“Sekarang lagi ramai orang sokong PN,” katanya, sambil mendakwa golongan muda di Ampangan kelihatan “suka” apabila ternampak baju PN.
Rafie bertanding calon bebas selepas PKR menamakan Tengku Zamrah yang juga ketua Wanita Seremban sebagai calon PH.
Pada PRU14, Rafie memenangi kerusi itu dengan kelebihan 1,360 undi, menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional dan PAS.