Remaja maut langgar lembu melintas

Remaja maut langgar lembu melintas

Remaja berasal dari Kampung Banggol Jeneri itu parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sik.

Mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulans, tetapi meninggal dunia ketika menerima rawatan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang pelajar Tingkatan 2 maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar seekor lembu melintas secara mengejut di Jalan Kampung Kota Bukit, Sik.

Remaja berusia 14 tahun yang berasal dari Kampung Banggol Jeneri itu parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sik.

Ketua Polis Sik, Abdull Razak Osman, berkata kemalanganitu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Kampung Langgok menghala Kampung Kota Bukit kira-kira 6.30 petang.

“Remaja terbabit dipercayai terlanggar seekor lembu yang melintas jalan secara mengejut menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikalnya.

“Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Bahagian Kecemasan hospital terbabit pada 9.35 malam tadi,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HS untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.