
Ketua Polis Daerah Taiping Razlam Ab Hamid memberitahu Bernama hari ini, kedua-dua suspek direman sehingga Ahad.
Tambahnya, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa hari ini.
Dilaporkan semalam kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Panglima, Asaam Kumbang.
Penemuan itu dibuat hasil maklumat orang awam yang melaporkannya kepada polis pada kira-kira 11 pagi.
Hasil siasatan awal pihak forensik di tempat kejadian mendapati terdapat unsur penderaan terhadap mangsa, dipercayai berlaku sejak Mac.
Polis kemudian menahan ibu mangsa dan teman lelakinya, masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an, yang turut tinggal di rumah berkenaan bagi membantu siasatan.
Siasatan dijalankan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.