Bekas setiausaha Zahid cuai kendalikan cek, mahkamah diberitahu

Bekas setiausaha Zahid cuai kendalikan cek, mahkamah diberitahu

Pegawai khas Zahid Kamal Abdullah berkata Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly melakukan banyak kesilapan ketika mengendalikan cek Yayasan Akalbudi.

Mahkamah Tinggi diberitahu Zahid Hamidi tidak mengetahui bekas setiausahanya Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly cuai dalam menjalankan tugasnya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Perbicaraan kes rasuah Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi diberitahu bekas setiausaha timbalan perdana menteri itu lalai mengeluarkan cek dan enggan mendengar nasihat apabila kesalahannya diperbetulkan.

Pegawai khas Zahid Kamal Abdullah memberitahu kali pertama Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly kali pertama cuai mengendalikan cek adalah pada 2013.

katanya, Mazlina pernah menulis amaun yang salah pada cek atau membiarkan cek bersepah di pejabat kementerian dalam negeri yang diketuai Zahid sebelum ini, termasuk cek membabitkan Yayasan Akalbudi.0

Katanya, beliau akan memperbetulkan Mazlina setiap kali melihat kesalahan dilakukan.

“Kami (pegawai Zahid) menasihat dan mengajar Mazlina (bagaimana buat kerja beliau) tetapi beliau tidak ikut,” kata Kamal ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwaraya Dusuki Mokhtar.

Dusuki meminta kamal untuk menjelaskan dakwaan bahawa Mazlina seorang yang cuai.

Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan sama pada 2020, Mazlina memberitahu mahkamah Zahid membenarkan pegawainya menggunakan cop tandatangan beliau untuk membuat bayaran kad kredit menggunakan cek Yayasan Akalbudi.

Pihak pembelaan berhujah bahawa Mazlina adalah punca Zahid berdepan tuduhan jenayah pecah amanah berhubung salah guna dana Yayasan Akalbudi.

Zahid sedang dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi, serta menerima rasuah berhubung pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Dua belas daripada tuduhan itu membabitkan pecah amanah dan lapan lagi berkaitan rasuah.

Ketika ditanya Dusuki sama ada Mazlina ditukar atau dipindahkan dari kementerian itu kerana kecuaiannya, Kamal memberitahu mahakamah Mazlina tidak ditukar.

“Datuk Seri (Zahid) tidak tahu (sebelum ini) mengenai Mazlina dan cek. Beliau akan ambil tindakan sekiranya beliau tahu,” katanya.

Sebelum ini, timbalan pendakwa raya dan saksi itu bertikam lidah berhubung perkataan “orang kena tuduh”.

Dusuki bertanya kepada Kamal adalah beliau tahu Mazlina adalah suspek atau pernah didakwa di mahkamah atas sebarang kesalahan.

Bagaimanapun, Kamal berkata beliau tidak memahami perbezaan antara orang kena tuduh dan suspek.

Beliau secara berseloroh berkata Mazlina adalah seorang yang sering “menimbulkan masalah”.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.