Suami isteri cedera, gas masak meletup

Suami isteri cedera, gas masak meletup

Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah.

Keadaan di rumah mangsa di tingkat sembilan Flat Desa Melayu selepas gas memasak meletup. (Gambar JBPM Larkin)
PETALING JAYA:
Sepasang suami isteri cedera selepas gas memasak meletup di Flat Desa Melayu, Bakar Batu, Johor Bahru malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Larkin Mohd Haizrul Rahmad berkata sembilan anggota dan sebuah jentera EMRS dari BBP Larkin dikerahkan selepas menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 9.54 malam.

“Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, didapati berlaku letupan gas memasak di tingkat sembilan flat berkenaan.

“Terdapat dua mangsa, iaitu suami isteri mengalami kecederaan akibat letupan gas itu,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.