
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata kelima-lima pemandu berusia 44 hingga 64 tahun itu telah diambil keterangan pada hari sama dan disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan,” kata beliau kepada pemberita di IPD Iskandar Puteri.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung lima pemandu yang memandu melulu dan merbahaya di SDE, dekat Kota Tinggi.
Sebelum ini tular video berdurasi lebih seminit yang memaparkan aksi berbahaya lima pemandu berkenaan yang memandu secara melulu semasa memotong kenderaan lain di lebuh raya, dan semua mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah Senai menghala ke Bandar Penawar untuk menghadiri satu program.