
Semua pelajar berusia 13 hingga 17 tahun berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran itu yang menyebabkan bangunan asrama terbabit musnah 70%.
Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pusat gerakan operasi menerima laporan pada 12.03 tengah malam tadi.
Beliau berkata, 18 anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian dan kebakaran dipadamkan pada 12.54 tengah malam.
“Kebakaran melibatkan sebuah asrama lelaki berkeluasan 20×70 kaki persegi, jenis bangunan struktur terbuka kelas A dan tidak melibatkan mangsa.
“Semasa kejadian, terdapat 20 penghuni menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.