
Beliau berkata pertukaran daripada calon asal iaitu daripada Aidi Amin Yazid kepada Muhammad Izuan Ahmad Kasim disifatkan wajar selepas mengambil kira pandangan pihak terbabit.
“Izuan ini ketua AMK Selangor dan tidak ada calon Pemuda (PH) di selangor oleh itu kita rasa wajar.
“AMK (Pemuda PKR) telah minta saya pertimbangkan semula kerana ketiadaan calon mewakilinya di Selangor dan saya harap disambut baik,” katanya pada sidang media selepas melawat beberapa pusat pencalonan PRN di sekitar Selangor.
Naib Presiden PKR Amirudin Shari tengah malam tadi mengumumkan pengguguran Aidi yang sepatutnya mewakili PH di DUN Kota Damansara pada PRN, beberapa jam sebelum penamaan calon.
Pada 22 Jul lalu, Anwar mengumumkan Aidi sebagai sebagai calon PH di Kota Damansara, menggantikan penyandangnya Shatiri Mansor.
Sementara itu, Anwar menghargai kehadiran Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor yang bersamanya memberi sokongan kepada calon kerajaan perpaduan dari PH dan Barisan Nasional (BN) di sekitar Selangor.
“Alhamdulillah saya lihat proses baik, aman dan teratur…kita akan laksana kempen secara tersusun serta beradab.
“Saya ucap terima kasih kepada premier Sarawak dan ketua menteri Sabah yang memberikan sokongan,” katanya.