Izuan ganti Aidi jadi calon PH di Kota Damansara

Izuan ganti Aidi jadi calon PH di Kota Damansara

Presiden PKR Anwar Ibrahim telah memberikan watikah Muhammad Izuan Ahmad Kasim untuk bertanding di DUN Kota Damansara.

Amirudin Shari berkata Aidi Amin Yazid digantikan dengan Muhammad Izuan Ahmad Kasim yang dipilih selepas melalui beberapa proses dan perbincangan.
PETALING JAYA:
PKR tengah malam tadi menggugurkan Aidi Amin Yazid yang sepatutnya mewakili Pakatan Harapan (PH) di DUN Kota Damansara pada PRN, beberapa jam sebelum penamaan calon pagi ini.

Naib Presidennya Amirudin Shari berkata Aidi digantikan dengan Ketua Pemuda PKR Selangor Muhammad Izuan Ahmad Kasim yang dipilih selepas melalui beberapa proses dan perbincangan.

Katanya, Presiden PKR Anwar Ibrahim telah memberikan watikah kepada Izuan untuk mempertahankan DUN Kota Damansara bagi gabungan perpaduan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Aidi atas khidmat dan dedikasi berterusan serta mengajak seluruh anggota PKR membantu meyakinkan seramai mungkin pengundi untuk menyokong Izuan supaya PH dan perpaduan diberi mandat,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu pada siangnya, Amirudin dilaporkan media berkata beliau akan bertemu mendapatkan penjelasan Anwar berhubung dakwaan pertukaran calon DUN Kota Damansara.

Pada 22 Jul lalu, Anwar mengumumkan Aidi sebagai sebagai calon PH di Kota Damansara, menggantikan penyandangnya Shatiri Mansor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.