Generasi tua beralih kerana masih miskin, kata Dr M

Generasi tua beralih kerana masih miskin, kata Dr M

Generasi tua lihat kedudukan mereka tidak berubah, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu berasa curiga tentang masa depan mereka.
PETALING JAYA:
Sentimen generasi tua dikatakan beralih kerana mereka masih miskin, menurut Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas potensi Perikatan Nasional memenangi PRN 12 Ogos ini.

Kata perdana menteri selama 22 tahun itu, generasi tua yang melihat kedudukan mereka tidak berubah tidak dapat cadangan daripada kerajaan bagaimana untuk mengatasi masalah mereka.

“Kita dapati bahawa sentimen orang ramai bertukar, tidak seperti pilihan raya dahulu. Orang Melayu umpamanya berasa curiga tentang masa depan mereka.

“Terutamanya generasi tua lah… generasi lama… kerana mereka lihat kedudukan mereka tidak berubah. Masih miskin dan berasa tertekan, mereka tak dapat ‘direction’ atau cadangan daripada kerajaan bagaimana untuk mengatasi masalah mereka,” katanya lapor Kosmo.

Mahathir berkata demikian pada sidang media di sebuah hotel di Langkawi, tanpa huraian lanjut.

Susulan pertemuan dengan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pada 5 Julai lalu, Mahathir akan meningkatkan sokongan kepada gabungan khususnya bagi PRN tidak lama lagi.

Beliau baru-baru ini berucap di depan ribuan penyokong PN di Stadium Sultan Muhammad IV, dalam satu program bersama Muhyiddin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.