Lau sah tanding di Bayan Lepas

Lau sah tanding di Bayan Lepas

Semalam, PAS Bayan Lepas dilaporkan akan mengadakan bantahan terhadap presiden Gerakan jika beliau bertanding di kerusi majoriti Melayu itu.

PN memgumumkan 39 calon untuk 40 kerusi DUN Pulau Pinang semalam, tanpa menamakan calon DUN Bayan Lepas dan tertinggal nama Dominic Lau dalam senarai itu.
PETALING JAYA:
Selepas tertinggal dalam senarai calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRN Pulau Pinang, Presiden Gerakan Dominic Lau disahkan akan bertanding di Bayan Lepas.

Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata, Lau akan mewakili gabungan itu di Bayan Lepas dan keputusan itu dibuat Majlis Presiden PN.

Terdahulu, pembantu Lau, Wendy Subramaniam memberitahu FMT: “Kami ikut senarai asal PN yang dikeluarkan sebelum ini. Dominic akan bertanding di Bayan Lepas.”

Semalam, PN Pulau Pinang mengumumkan ia akan bertanding semua 40 kerusi dalam PRN 12 Ogos ini.

Tetapi, hanya 39 calon diumumkan, dengan calon bagi kerusi Bayan Lepas tidak didedahkan.

Nama Lau turut tiada dalam senarai itu, walaupun beliau memaklumkan akan bertanding dalam PRN bulan depan.

Semalam, PAS Bayan Lepas dilaporkan akan mengadakan bantahan terhadap Lau jika beliau bertanding di kerusi majoriti Melayu itu.

Kerusi itu ditandingi PAS sejak PRU12 dan pengundi mahu calon Melayu, menurut Kosmo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.