Jadi calon PN, timbalan ketua Umno Sungai Buloh lucut keahlian

Jadi calon PN, timbalan ketua Umno Sungai Buloh lucut keahlian

Presiden Umno Zahid Hamidi berkata beliau mendengar khabar angin Harrison Hassan akan bertanding atas tiket parti lain sebulan lalu.

Harrison Hassan akan mewakili PN di DUN Jeram pada PRN Selangor. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Keahlian Timbalan Ketua Umno Sungai Buloh, Harrison Hassan dilucutkan secara automatik kerana menjadi calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Jeram, kata Presiden Zahid Hamidi.

Ditanya jika Harrison pernah memohon keluar parti, katanya, beliau tidak dapat maklumat itu, tetapi hanya mendengar khabar angin dia akan bertanding atas tiket parti lain.

“Saya sudah dengar (khabar angin) sebulan lalu, jadi saya tidak terkejut dengan perkara itu.

“Kita hanya memerlukan ahli yang taat kepada parti, jika mereka lebih taat kepada parti lain, maka itu pilihan dibuat individu berkenaan,” katanya menurut Utusan Malaysia dalam sidang media di Putrajaya.

Malam tadi, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu bertanding di 56 kerusi pada PRN Selangor, di mana Bersatu meletakkan 12 calon, diikuti PAS (17), Gerakan (lapan) dan 10 calon mewakili Bersatu-Bersekutu, iaitu satu daripada sayap Bersatu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.