
Menteri kewangan itu berkata, veteran tentera dengan atau tanpa pencen turut akan mendapat bantuan khas RM200, dengan bayaran dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
“Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam, termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara,” katanya pada majlis peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat.
Beliau berkata, ia langkah sementara kerana Putrajaya sedang mengkaji pelarasan gaji penjawat awam.
Pada 13 Julai lalu, Anwar dilaporkan berkata, cadangan akan dibuat bagi skim gaji perkhidmatan awam ditambah baik secara berperingkat, berdasarkan kemampuan ekonomi negara.
Katanya, ia akan dbincangkan dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Zulkapli Mohamed sebelum PRN pada 12 Ogos ini.
Ahad lalu, Anwar berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama mengenai pelarasan skim gaji itu pada minggu depan.