Pendaftaran dibatal, MTC salahkan ‘pihak berniat jahat’

Pendaftaran dibatal, MTC salahkan ‘pihak berniat jahat’

Majlis Pelancongan Malaysia berkata, walaupun ia berusaha bekerjasama dengan semua ahli, 'agenda perpecahan tetap berlaku'.

Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, kata sekretariatnya.
PETALING JAYA:
Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM), menurut sekretariat majlis itu.

MTC berkata, pendaftarannya akibat “pihak tertentu berniat jahat” dan walaupun ia berusaha bekerjasama dengan semua ahli, “agenda perpecahan tetap berlaku”.

“MTC amat dukacita mengumumkan selepas usaha gigih bekas setiausahanya, Noorzaleha Baharuddin, pendaftaran pertubuhan dibatalkan JPPM.

“Walaupun komitmen tidak berbelah bahagi jawatankuasa eksekutif dan pengurusan MTC dalam mematuhi garis panduan pendaftaran, nampaknya terdapat motif tersembunyi,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan polis ke atas dakwaan salah urus dana MTC masih berterusan.

MTC menegaskan jawatankuasa eksekutif dan pengurusannya mematuhi perlembagaan serta prinsip, dengan setiap keputusan dilakukan secara telus dan mematuhi peraturan ditetapkan.

“Kami bersungguh-sungguh menangani sebarang pertanyaan JPPM melalui temu bual dan surat-menyurat rasmi, dan kami akan terus merayu kepada Kementerian Dalam Negeri.”

Ia berharap dapat membincangkan perkara itu dengan menteri dan mencari penyelesaian adil “untuk memelihara asas MTC” dan peranan pentingnya dalam memajukan industri pelancongan”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.