
Hakim Ahmad Fadhli Mahmud menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Iqyyum Basri, 25, mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya sekali, dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Muhammad Iqyyum didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi, iaitu video yang lucah sifatnya, menerusi WhatsApp dengan niat menyakiti hati orang lain, lapor Bernama.
Hakim turut memerintahkan supaya tertuduh yang berasal dari Senawang, Negeri Sembilan dipenjara tiga bulan jika tidak membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Siti Hajar Sulaiman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.