
Mazlan Roslan, 18, disambar petir Ahad lalu dan kerap pengsan sejak itu.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang di Selangor, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata pesakit bersama pengiring diterbangkan dari Kampung Pinchong, Pos Gob ke HGM dengan helikopter Agusta Westland 139 (AW139).
“Pesawat berlepas dari pangkalan udara pada 4 petang dan tiba di Kampung Pinchong 5.38 petang. Pesakit dalam keadaan sedar, namun memerlukan pengusung untuk dibawa ke helikopter kerana tidak mampu berdiri dan difahamkan selepas kejadian dua hari lalu dia kerap pengsan.
“Sejurus tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada 5.55 petang, pesakit diserahkan kepada anggota Kementerian Kesihatan (KKM) yang menanti untuk dihantar ke HGM,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, penerbangan ihsan membabitkan lima anggota unit udara diketuai juruterbang Faridullahamin Mohd Noh dan dibantu Sarifudin Ladulu itu tiba di pangkalan udara pada 7 malam.