‘Dato Malik’ akan dilepas esok dengan jaminan

‘Dato Malik’ akan dilepas esok dengan jaminan

Sumber yang dekat dengan Abdul Malik Dasthigeer berkata ahli perniagaan itu bekerjasama dengan SPRM.

Abdul Malik Dasthigeer, yang lebih dikenali sebagai ‘Dato Malik’, ditahan pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Abdul Malik Dasthigeer, atau lebih dikenali sebagai “Dato Malik”, akan dilepaskan esok pagi dengan jaminan.

Beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Sumber yang rapat dengan Malik beritahu FMT: “Beliau akan dilepaskan esok pada 8 pagi.”

Menurut sumber itu, Malik dalam keadaan yang baik dan bekerjasama dengan badan anti-rasuah itu.

“SPRM mengendalikan kes itu secara profesional.”

Malik ditahan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla).

Beliau pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.

Beliau dikenali kerana membawa masuk artis dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.