
Sumber berkata, suspek pertama merupakan bekas pengurus operasi sebuah yayasan dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya untuk mengesyorkan syarikat milik suspek kedua yang mempunyai hubungan persaudaraan bagi membekalkan barangan berkenaan pada tahun lalu.
Beliau berkata, kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30an dipercayai ditahan kira-kira 2.30 petang tadi di pejabat SPRM Selangor ketika diminta hadir untuk memberi keterangan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Alias Salim, mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi tujuan permohonan reman.