
“Masalahnya media sosial (cepat tular), semoga dengan adanya fatwa (haram) ini, SKMM bertindak cepat dengan kuasa yang ada untuk menurunkan cepat-cepat (kandungan berunsur ajaran sesat),” katanya kepada media semalam.
Beliau ditemui selepas majlis peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Na’im berkata, penempatan seorang kader atau pegawai hal ehwal agama Islam di SKMM oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan dilakukan selepas mesyuarat bersama suruhanjaya itu Isnin ini.
“Kader ini adalah pegawai pakar, sebelum ini jika berlaku benda (unsur ajaran sesat) SKMM akan datang ke Jakim dan ini akan melambatkan proses (menurunkan kandungan),” katanya.