Anwar mahu Tamil diajar jadi bahasa tambahan

Anwar mahu Tamil diajar jadi bahasa tambahan

Perdana menteri berkata akan bincang bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk melihat semula syarat pengajian Tamil sebagai bahasa tambahan sekolah.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata penilaian akan dibuat berhubung syarat minimum 10 murid bagi membolehkan bahasa Tamil diajar.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggalak pembelajaran bahasa Tamil dan berharap dijadikan bahasa tambahan di sekolah awam.

Anwar berkata, beliau akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek tidak lama lagi berbincang berhubung mempromosi bahasa itu di sekolah seluruh negara.

“Dasar pendidikan kebangsaan menetapkan bahasa Melayu sebagai medium utama pengajaran, selain mempromosi bahasa Inggeris juga.

“Bagaimanapun, isunya syarat dikenakan Kementerian Pendidikan. Jika murid tidak cukup, anda akan berdepan masalah tenaga pengajar. Mengkehendaki (minimum) 15 murid mungkin syarat itu terlalu ketat.

“Saya akan bercakap dengan menteri pendidikan selepas persidangan ini. Kami akan (cuba) mengurangkan jumlah minimum kepada 10 murid,” katanya selepas merasmikan Pusat Pengajian Tamil di Universiti Malaya.

Anwar berkata, beliau percaya penguasaan bahasa tambahan penting dengan banyak sekolah elit dunia menggalak penuntutnya berbuat demikian.

Beliau berkata, ia akan memberi kelebihan kepada negara sambil mengumumkan akan menyediakan tambahan RM2 juta kepada Jabatan Pengajian India UM.

“Saya harap (universiti) senat akan menyokong projek pengajian Tamil dan mungkin menterjemah beberapa naskhah terbaik,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.