
Tiga mayat dipercayai kru kapal kargo MV Tung Sung ditemui terapung di perairan Pulau Burung, Sebuyau, selepas dipercayai karam, pada Khamis.
Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, berkata semua mayat itu ditemui di lokasi kira-kira 15 batu nautika di barat laut pulau berkenaan.
“KM Kota Kinabalu menerima maklumat daripada bot nelayan tempatan yang melaporkan penemuan tiga mayat terapung.
“Aset Maritim Malaysia sedang diaturgerak ke lokasi untuk tindak lanjut,” katanya menurut Berita Harian.
Dalam pada itu, di utara Sarawak, tiga mayat ditemui terapung di perairan Miri, dipercayai nelayan yang dilaporkan hilang selepas dua bot karam, Selasa lalu.
Dalam kejadian Selasa lalu, empat nelayan iaitu Zaidi Nawi 43, Anuar Amin 54, dan Junaidi Jamin 70, yang menaiki bot dengan nombor pendaftaran SFS3-4334 dilaporkan hilang selepas karam dibadai ombak dan angin kencang.
Seorang lagi nelayan Masni Jana 60, yang menaiki bot berasingan dengan nombor pendaftaran SFS3-4271 turut hilang.